the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

4.9 juta saman JPJ bernilai RM1.4 bilion belum dijelaskan

Hampir 4.9 juta saman JPJ bernilai RM1.4 bilion masih belum dijelaskan walaupun diskaun 50% akan tamat pada 30 Disember ini.

KUALA LUMPUR: Hampir 4.9 juta saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melibatkan jumlah RM1.4 bilion masih belum dijelaskan.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata angka itu kekal walaupun tawaran diskaun 50% akan tamat pada 30 Disember ini.

Beliau berkata sejak tawaran diskaun bermula 1 November lalu, hanya kira-kira 520,000 saman bernilai RM70 juta telah diselesaikan.

“Masih terdapat baki sebanyak 4.89 juta saman tertunggak melibatkan jumlah RM1.4 bilion yang belum diselesaikan,” katanya pada sidang media Operasi Luxury 4.0 di Depoh Sitaan JPJ Kuala Lumpur.

Aedy Fadly berkata kebanyakan saman tertunggak itu melibatkan pesalah yang masih aktif.

Beliau turut menyatakan terdapat saman yang telah tertunggak melebihi 10 tahun.

Orang ramai boleh membuat semakan saman tertunggak menerusi aplikasi MyJPJ, portal rasmi JPJ atau hadir ke kaunter JPJ.

Semua orang awam layak menikmati diskaun 50% itu yang melibatkan semua jenis saman di bawah JPJ.

“Mulai 1 Januari depan, tiada lagi diskaun saman JPJ akan diberikan dan kadar bayaran akan kembali kepada kadar asal,” katanya.

Diskaun berkenaan diberikan sebagai peluang terakhir sebelum pelaksanaan struktur bayaran saman mengikut tempoh.

“Saman yang tidak diselesaikan boleh mengakibatkan tindakan lebih tegas pada masa akan datang,” katanya.

Beliau menyeru orang awam supaya segera menyelesaikan saman tertunggak sebelum 30 Disember ini. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings