the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 17, 2025
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

TNB tutup bekalan elektrik di Kuantan susulan banjir

Bekalan elektrik di beberapa kawasan Kuantan ditutup oleh TNB bagi tujuan keselamatan berikutan hujan berterusan dan banjir.

KUANTAN: Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menutup bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar daerah ini susulan hujan berterusan dan banjir.

Pencawang elektrik yang terjejas termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Damai, Seri Damai Sejahtera 1 dan 2, serta Lorong Seri Damai Jaya 9.

Kawasan lain yang terlibat ialah Jalan Seri Damai Jaya 1/13 dan Mat Kilau.

TNB dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan penutupan bekalan itu adalah demi keselamatan pengguna setempat.

Pihak TNB turut menasihatkan pengguna supaya tidak menghidupkan peralatan elektrik jika palam atau soket alir keluar basah atau kotor.

Setakat 12 tengah hari, aplikasi Infobencana JKM merekodkan 2,860 mangsa banjir daripada 889 keluarga dipindahkan.

Mereka ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara di daerah Kuantan, Maran dan Rompin. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Iranian boxer faces imminent execution after retrial rejected

Iranian boxer Mohammad Javad Vafaei-Sani is at imminent risk of execution after his retrial request was rejected, sparking international condemnation from athletes and rights groups.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories