the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 17, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

PLUS jangka 2.2 juta kenderaan sehari sempena cuti akhir tahun

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

PLUS menjangkakan aliran trafik mencecah 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak cuti akhir tahun dan Krismas, dengan Smart Lane diaktifkan di 30 lokasi.

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan aliran trafik hingga 2.2 juta kenderaan sehari di lebuh raya kendaliannya pada hari puncak cuti persekolahan akhir tahun dan perayaan Krismas.

Hari puncak yang dijangkakan ialah pada 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Disember ini serta 2 Januari 2026.

Smart Lane akan diaktifkan di 30 lokasi tumpuan trafik bagi membantu aliran trafik sempena musim percutian dan perayaan kali ini.

PLUS menasihatkan orang ramai merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA dalam aplikasi PLUS.

“Dengan penambahbaikan terbaharu, jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA boleh diakses bukan sahaja pada musim-musim perayaan, malah pada hari-hari puncak terpilih,” menurut kenyataan PLUS.

Maklumat trafik terkini juga boleh didapati menerusi interaksi bersama Pembantu Maya-PUTRI, aplikasi X @plustrafik dan @lpt2trafik, serta paparan mesej elektronik (VMS) di lokasi terpilih.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian PLUSLine di 1800-88-0000 atau LPT2Line di 1800-88-0220 yang beroperasi 24 jam sehari untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Negeri Sembilan polls: PN unveils 11 candidates

The list comprises five candidates from PAS, four from Parti Wawasan Negara (Wawasan), and one each from Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) and the Malaysian Indian People's Party (MIPP).

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings