the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mangsa banjir meningkat mendadak di Pahang, Johor dan Terengganu

Mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 8,226 orang, Johor 347 orang dan Terengganu 913 orang pagi ini dengan beberapa sungai melepasi paras bahaya

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di beberapa negeri semakin serius dengan jumlah mangsa terus meningkat pagi ini.

Di Pahang, jumlah mangsa meningkat mendadak kepada 8,226 orang daripada 2,653 keluarga yang ditempatkan di 69 pusat pemindahan sementara (PPS).

Bilangan mangsa paling tinggi direkodkan di Kuantan iaitu 6,609 orang di 41 PPS, diikuti Maran (770 orang), Pekan (514 orang) dan Rompin (333 orang).

Laman web public infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan 10 stesen pemantauan di Pahang merekodkan bacaan melebihi paras bahaya pagi ini.

Jumlah mangsa banjir di Johor pula bertambah kepada 347 orang setakat 8 pagi ini berbanding 240 orang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata sebuah lagi PPS dibuka di Mersing iaitu Sekolah Kebangsaan Labong.

Katanya, PPS berkenaan menempatkan 69 mangsa daripada 13 keluarga.

Lima kawasan terjejas di Mersing ialah Kampung Baru Air Tawar, Kampung Hubong, Kampung Belukar Juling, Kampung Semaloi dan Kampung Orang Asli Labong.

Di daerah Batu Pahat, Sungai Lenik di Ladang Chaah telah melebihi paras bahaya dengan bacaan 7.24 meter.

Beberapa jalan raya di Johor juga terjejas termasuk Jalan Johor Bahru–Endau yang hanya dibuka satu lorong.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 913 orang daripada 258 keluarga setakat 9 pagi ini.

Dungun menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan 205 mangsa daripada 59 keluarga dipindahkan ke dua PPS.

Di Kemaman, sebanyak 708 mangsa daripada 199 keluarga berlindung di sembilan PPS.

Laman web JPS melaporkan paras air di enam stesen sungai di Terengganu telah melepasi tahap bahaya.

Di Kelantan, sebuah PPS dibuka di Gua Musang pagi ini iaitu di SK Lebir bagi menempatkan 16 mangsa daripada empat keluarga. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings