the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan dua warga asing, rampas pistol, peluru dan dadah di Perai

Dua lelaki warga asing ditahan polis di sebuah bengkel kontena di Perai bersama pistol revolver, peluru hidup dan pelbagai jenis dadah

BUKIT MERTAJAM: Polis menahan dua lelaki warga asing dan merampas sepucuk pistol, peluru hidup serta pelbagai jenis dadah dalam serbuan di sebuah bengkel kontena di Perai awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata serbuan itu dilakukan pada jam 1 pagi hasil maklumat dan risikan.

Dua suspek berusia 39 dan 53 tahun itu ditahan di tempat kejadian.

Pemeriksaan ke atas seorang suspek menemui sepucuk revolver kaliber 0.38 yang disembunyikan di pinggang seluarnya.

Polis turut menemui 21 butir peluru hidup yang disembunyikan dalam sebuah anak patung.

Serbuan itu turut merampas 931.43 gram methamphetamine, 126 gram ganja dan 10 biji pil eramin 5.

Dadah-dadah tersebut disembunyikan dalam sebuah kenderaan di lokasi serbuan.

Polis juga merampas pelbagai peralatan menghisap dadah dan sebuah kereta Nissan Almera.

Siasatan lanjut sedang dijalankan terhadap kedua-dua suspek.

Mereka kini direman selama tujuh hari sehingga 27 Disember ini bagi membantu siasatan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Ia turut disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. 

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings