the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 22, 2025
24.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kemas kini pelayar web, sistem operasi tangani ancaman siber – ABM, AIBIM

ABM dan AIBIM gesa pelanggan kemas kini pelayar web dan OS mudah alih ke versi terkini bagi tingkatkan keselamatan akaun perbankan.

KUALA LUMPUR: Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa pelanggan memastikan pelayar web dan peranti mudah alih mereka menggunakan versi terkini.

Ini bagi melindungi akaun perbankan daripada ancaman siber yang semakin kompleks.

Mengemas kini peranti kepada versi terkini membolehkan pelanggan menerima ciri keselamatan terkini serta mengukuhkan perlindungan terhadap ancaman siber dan malware.

“Industri perbankan menggesa semua pelanggan mengemas kini kepada versi pelayar web dan sistem pengendalian mudah alih yang terkini,” menurut kenyataan bersama kedua-dua persatuan itu.

Peranti yang menggunakan versi lama atau tanpa sokongan adalah lebih terdedah kepada ancaman dan mungkin tidak lagi menerima kemas kini keselamatan yang penting.

Pembangun perisian seperti Apple, Google dan Mozilla kerap mengeluarkan kemas kini keselamatan untuk menangani kelemahan baharu.

Bagi mengurangkan risiko malware, bank boleh memperkenalkan langkah pengesahan tambahan atau mengurangkan had transaksi untuk pelanggan yang menggunakan versi tanpa sokongan.

Bank juga boleh secara proaktif menyekat transaksi daripada versi ini untuk melindungi pelanggan dan dana mereka.

Sebagai langkah perlindungan diri, pelanggan dinasihatkan hanya memuat turun aplikasi daripada gedung aplikasi mudah alih yang rasmi.

Pelanggan yang menggunakan peranti lama digalakkan untuk mengemas kini kepada model baharu bagi menerima ciri keselamatan secara berkala.

Industri perbankan kekal komited untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih selamat dan dijamin.

Dalam tempoh peralihan, pelanggan akan diberikan panduan yang menggariskan keperluan dan garis masa kemas kini pelayar web dan OS mudah alih.

Beberapa bank yang bekerjasama dengan rakan peranti terpilih akan menawarkan harga diskaun atau pakej gabungan kepada pelanggan yang layak.

Tawaran ini bertujuan membantu pelanggan menaik taraf peranti mudah alih mereka ke spesifikasi yang lebih selamat.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories