MetMalaysia ramalkan luruan monsun bawa hujan berterusan dan laut bergelora di timur Semenanjung serta Laut China Selatan mulai 25 Dis.
KUALA LUMPUR: Satu luruan monsun dijangka berlaku dari 25 hingga 29 Disember ini.
Fenomena itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan timur Semenanjung Malaysia.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip (pic) berkata analisis model cuaca terkini turut menunjukkan angin kencang dan laut bergelora dijangka berlaku di Laut China Selatan.
“Orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web rasmi www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya.
Beliau mengeluarkan nasihat itu melalui satu kenyataan yang dikongsikan di Facebook MetMalaysia.









