the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pekerja maut dihempap pokok tumbang semasa kerja pembersihan di Pontian

Seorang lelaki berusia 27 tahun maut di lokasi kejadian selepas jengkaut yang dikendalikannya dihempap pokok tumbang di Pontian

PONTIAN: Seorang lelaki maut selepas dihempap sebatang pokok tumbang semasa menjalankan kerja pembersihan di Jalan Muafakat 2, Serkat, pagi tadi.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Pontian Baru menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 11.29 pagi.

Sebanyak lapan anggota dengan satu jentera Fire Rescue Tender dan satu unit Emergency Medical Rescue Services digerakkan ke lokasi.

Jentera bomba tiba di lokasi pada pukul 11.51 pagi selepas perjalanan sejauh 30 kilometer dari balai.

Mereka mendapati mangsa lelaki dewasa tersepit selepas sebatang pokok setinggi kira-kira 30 kaki tumbang dan menghempap jentera berat jenis jengkaut.

Mangsa berusia 27 tahun itu sedang melakukan kerja-kerja pembersihan sebelum jentera yang dikendalikannya dihempap pokok berkenaan.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.

Pasukan Keluaran Operasi bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan satu unit pengusung sebelum menyerahkan mayat kepada pihak polis.

Operasi penyelamatan ditamatkan pada pukul 1.18 tengah hari.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings