MetMalaysia keluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Johor dari 25 hingga 29 Disember.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda negeri Pantai Timur dan Johor.
Amaran itu bermula 25 Disember ini.
Kawasan terlibat merangkumi seluruh Terengganu dan beberapa daerah di Kelantan.
Daerah Kelantan terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
Keadaan hujan berterusan dijangka berlaku di kawasan tersebut dari 25 hingga 28 Disember.
Keadaan sama diramalkan melanda beberapa daerah di Pahang dan Johor mulai 26 Disember.
Di Pahang, daerah terlibat ialah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Di Johor, amaran melibatkan daerah Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.
Hujan berterusan di Pahang dan Johor dijangka berlanjutan sehingga 29 Disember.








