the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keluarga syak mayat dalam beg di Pedas ialah Suri Narudin

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Keluarga mangsa bunuh Suri Narudin sudah mengesyaki identiti mayat dalam beg yang ditanam di Pedas, Rembau, berdasarkan beg milik mangsa.

REMBAU: Keluarga mangsa bunuh Suri Narudin telah mengesyaki identiti mayat yang ditemui dalam beg di Pedas sejak hari ketiga penemuannya.

Mereka membuat anggapan itu berdasarkan beg yang digunakan adalah milik wanita berkenaan.

Anak saudara mangsa, Mizan, 41, berkata keluarga sudah bersedia menerima pengesahan identiti rasmi daripada pihak berkuasa.

Beliau mengucapkan terima kasih atas kepantasan pihak berkaitan memberikan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

“Polis maklumkan hal ini kepada kami pada 12 tengah hari tadi. Sebenarnya kita sudah jangka sejak hari ketiga lagi (mayat) itu ialah mak su (panggilan Suri) kerana beg itu memang milik dia,” katanya di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau.

Kali terakhir dia berhubung dengan mangsa adalah pada Oktober lalu menerusi WhatsApp.

Mizan berkata mereka berharap pembunuh akan dikenakan hukuman setimpal dengan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.

“Mak su peramah, senang hati dan tidak pernah berkira dengan keluarga atau rakan-rakan. Kami amat sedih kerana mak su baik dan mudah mempercayai orang,” katanya.

Jenazah Suri, 53, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Air Hitam Chembong hari ini.

Rakan karib mangsa, Mac Ruhayu Mohd Nor, 50, berkata mereka reda dan bersyukur kerana persoalan kehilangan arwah sudah terjawab.

Beliau bagaimanapun tidak menyangka perkara sedemikian boleh menimpa Allahyarham.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri turut hadir menziarahi Allahyarham.

Beliau meluangkan masa hampir sejam bertemu ahli keluarga mangsa dan menyampaikan sumbangan peribadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad sebelum ini mengesahkan mayat dalam beg yang ditanam di Kampung Batu 4, Pedas, pada Khamis lepas ialah Suri.

Mangsa dilaporkan hilang sejak 8 Disember lalu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

MCMC amendment bill tabled for first reading in parliament

The Malaysian Communications and Multimedia Commission (Amendment) Bill 2026 was tabled for first reading in the Dewan Rakyat, proposing expanded functions and higher contract limits.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings