the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, December 25, 2025
24.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Sambutan Krismas meriah di Sarawak, orang ramai manfaat cuti bersama keluarga

KUCHING: Penganut Kristian di Sarawak membanjiri gereja seawal 7 pagi hari ini bagi menghadiri upacara keagamaan sempena sambutan Krismas, sebelum meraikan perayaan itu dengan meluangkan masa bersama keluarga dan insan tersayang.

Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) jurusan Psikologi, Priscilla Michelle Gindal, 21, berkata sambutan Krismas tahun ini memberi makna tersendiri buatnya meskipun terpaksa menyambut perayaan itu berjauhan daripada ibu bapanya.

Anak jati Bintulu itu berkata cuti Krismas dimanfaatkan untuk mengeratkan silaturahim bersama saudara-mara yang menetap di Samarahan, selain rakan-rakan di sekitar Kuching.

“Meskipun berjauhan dengan keluarga, saya tetap bersyukur kerana masih dapat merasai suasana perayaan dan berkumpul bersama saudara serta rakan,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menghadiri upacara keagamaan di Gereja St Peter, di sini, hari ini.

Priscilla berkata perayaan Krismas juga menjadi ruang untuk refleksi diri dan menzahirkan harapan agar kehidupan pada masa hadapan menjadi lebih baik serta diberkati.

Sementara itu, pelajar Unimas jurusan Komunikasi Strategik, Aloysius Wilson, 21, berkata sambutan Krismas tahun ini dirasakan lebih meriah walaupun diraikan secara sederhana dan tanpa kelainan ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Walaupun sambutan sederhana, suasana Krismas tetap dirasai dan cuti ini penting untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan sebelum kembali memberi tumpuan kepada pengajian,” katanya.

Anak kelahiran Batu Kawa, Kuching itu berkata cuti sempena Krismas turut memberi peluang kepada golongan pelajar berehat seketika daripada kesibukan akademik serta meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan.

Tinjauan Bernama turut mendapati orang ramai memanfaatkan cuti perayaan Krismas untuk beriadah dan bersiar-siar bersama keluarga di lokasi-lokasi ikonik sekitar bandar raya ini, antaranya Tebingan Kuching, Jambatan Darul Hana dan Muzium Budaya Borneo.

Related

spot_img

Latest

NRES advances green digital agenda with CNCS certification from Starza, ICT Zone

The Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability (NRES) has strengthened its sustainability and digital governance agenda with the receipt of a Carbon Neutral Computing Services (CNCS) certificate, offsetting 130.04 tonnes of CO₂e from 441 ICT assets. Delivered through a public–private collaboration with Starza Corporation Sdn Bhd, ICT Zone Asia Bhd and HP, the initiative demonstrates how carbon-neutral ICT deployment can support Malaysia’s Net Zero 2050 aspirations while providing a scalable model for sustainable digital transformation across the public sector.

Chin Hin Group confident of sustained growth in 2026 on strong order visibility and capacity expansion

Chin Hin Group Bhd is entering 2026 with strong earnings visibility, underpinned by RM2.3 billion in unbilled property sales and robust order books across construction, building materials and home & living. Supported by disciplined execution, strategic capacity expansions and a growing focus on sustainability-driven solutions, the group is well-positioned to deliver its next phase of scalable, sustainable growth.

Most Viewed

Chin Hin Group confident of sustained growth in 2026 on strong order visibility and capacity expansion

Chin Hin Group Bhd is entering 2026 with strong earnings visibility, underpinned by RM2.3 billion in unbilled property sales and robust order books across construction, building materials and home & living. Supported by disciplined execution, strategic capacity expansions and a growing focus on sustainability-driven solutions, the group is well-positioned to deliver its next phase of scalable, sustainable growth.
spot_img

Popular Categories