Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemui maut dalam kebakaran di PPR Dato Senu, Sentul, pagi ini.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya maut dalam kebakaran di sebuah pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) Dato Senu, Sentul, pagi ini.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 7.18 pagi.
Mangsa lelaki berusia 58 tahun dan ibunya yang berumur 82 tahun ditemui di dalam tandas unit kediaman itu.
Mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan Kementerian Kesihatan.
Kebakaran itu menyebabkan kemusnahan 40% pada unit kediaman terbabit.
Operasi memadam melibatkan enam aliran hos daripada Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dan Gombak Selatan.
Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 8.27 pagi.
Punca kejadian masih dalam siasatan.








