the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 27, 2025
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Pembantu kedai rugi RM56,600 ditipu sindiket hadiah wang tunai

Seorang pembantu kedai berusia 18 tahun kerugian RM56,600 selepas diperdaya sindiket tawaran hadiah wang tunai di Hulu Terengganu

KUALA BERANG: Seorang pembantu kedai perkakasan berusia 18 tahun kerugian sebanyak RM56,600 selepas diperdaya sindiket tawaran hadiah wang tunai.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata mangsa dihubungi seorang individu pada 24 Disember lepas yang memaklumkan beliau memenangi hadiah wang tunai.

Bagaimanapun, untuk mendapatkan hadiah tersebut, mangsa diminta membayar sejumlah wang terlebih dahulu yang didakwa akan dikembalikan bersama hadiah yang dijanjikan.

“Mangsa yang terperdaya telah membuat empat kali bayaran berjumlah RM56,600 dalam tempoh 24 hingga 25 Disember lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa menyedari ditipu setelah suspek lelaki itu terus mendesaknya supaya memasukkan wang.

Sharudin berkata mangsa membuat laporan polis petang semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Related

spot_img

Latest

Crisis Management Centre Announces Global Release Of Founder’s Maiden Book on Reputational Security

NEW YORK, US / KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 27 December 2025 - The Crisis Management Centre today announced the global release of Reputational Security, the landmark new book by internationally respected crisis strategist, Nordin Abdullah, now available on Amazon and Kindle.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories