the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 29, 2025
26.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Mayat kanak-kanak Sepanyol ditemui selepas nahas bot di Labuan Bajo

Pasukan SAR Indonesia temui mayat kanak-kanak perempuan 12 tahun warga Sepanyol, mangsa nahas bot pelancong yang karam di perairan Labuan Bajo

LABUAN BAJO: Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia pada pagi Isnin menemukan mayat seorang kanak-kanak warga Sepanyol yang dilaporkan hilang selepas insiden bot pelancong karam di perairan Pulau Padar, Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur, hujung minggu lalu, lapor Agensi Berita ANTARA.

Ketua Operasi Pejabat Mencari dan Menyelamat (SAR) Maumere, Asfan Dulhasan berkata mangsa, seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

“Pada hari keempat operasi pencarian, sekitar 6.05 pagi waktu tempatan (GMT+8), kami menerima maklumat daripada penduduk yang menemukan mangsa di perairan sekitar Pulau Serai, yang terletak dalam kawasan Taman Negara Komodo,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Daerah Komodo di Labuan Bajo untuk proses selanjutnya.

Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan sehingga tujuh hari lagi bagi mengesan tiga mangsa lain yang masih hilang, kesemuanya warga Sepanyol.

Ketua Pejabat SAR Maumere, Fathur Rahman berkata operasi menyelamat turut dibantu kapal KN SAR Puntadewa 250 yang tiba di lokasi pada Ahad.

Bot pelancong KM Putri Sakinah yang membawa empat kru dan tujuh penumpang dari Pulau Komodo ke Pulau Padar dilaporkan karam pada malam Jumaat, 26 Disember, selepas dilanda ombak besar yang menyebabkan kegagalan enjin, menurut pihak berkuasa.

Seramai tujuh individu berjaya diselamatkan, manakala empat yang lain – seorang bapa dan tiga anaknya – dilaporkan hilang. – Bernama-Antara

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories