the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Sektor air dan tenaga Malaysia catat pencapaian signifikan pada 2024-2025

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

PETRA catat pencapaian besar sektor air dan tenaga, termasuk jimat air 85%, kapasiti TBB 3,409 MW dan eksport elektrik hijau ke Singapura

KUALA LUMPUR: Kerajaan MADANI melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mencatatkan pencapaian signifikan dalam usaha memperkukuh sektor air dan tenaga negara bagi tempoh 2024 hingga 2025.

Menerusi hantaran di Facebook, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pencapaian memberangsangkan itu dicapai hasil kerjasama strategik pelbagai agensi berkaitan, sekali gus menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan penduduk, keselamatan infrastruktur serta agenda kemampanan negara.

Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata dalam sektor air, pelaksanaan Skim Pelabelan Kecekapan Produk Air (WEPLS) oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berjaya menjimatkan sehingga 85 peratus penggunaan air.

Beliau berkata Indah Water Konsortium (IWK) merekodkan pengoperasian lebih 7,000 loji rawatan kumbahan dengan kadar pematuhan efluen melebihi 97 peratus, selain melaksanakan program pengurusan lemak, minyak dan gris (FOG) serta penggunaan tenaga solar di loji rawatan kumbahan.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaksanakan 149 projek tebatan banjir yang memberi perlindungan kepada 1.77 juta penduduk, selain menjalankan pemuliharaan dan pembangunan sungai di seluruh negara,” katanya.

Hantaran berkenaan turut disertakan dua infografik yang memperincikan pencapaian sektor air dan tenaga bagi tempoh tersebut.

Fadillah berkata Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) membangunkan 21 loji rawatan air berkapasiti 2,081 juta liter sehari, selain menyiapkan Projek Langat 2 Fasa 1 berkapasiti 1,130 juta liter sehari dengan kos RM4.2 bilion.

Bagi sektor tenaga, beliau berkata pencapaian utama melibatkan Suruhanjaya Tenaga (ST), Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) dan MyPOWER, termasuk pelaksanaan pelbagai inisiatif di bawah Pelan Hala Tuju Pembaharuan Pasaran Elektrik Malaysia.

SEDA merekodkan kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak 3,409.64 megawatt, manakala ST melaksanakan Program Solar Skala Besar 5+ dengan kapasiti 1,975 megawatt serta mengeksport 50 megawatt elektrik hijau ke Singapura.

Prestasi sektor tenaga turut ditunjukkan melalui penurunan Indeks Purata Tempoh Gangguan Sistem (SAIDI) kepada 37.36 minit.

Di peringkat serantau, Fadillah berkata Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43 mencatatkan pencapaian penting menerusi pelancaran Pelan Tindakan ASEAN bagi Kerjasama Tenaga 2026-2035 serta pemeteraian beberapa perjanjian berkaitan Grid Tenaga ASEAN.

“Secara keseluruhan, pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh keselamatan air dan tenaga negara selaras dengan pelaksanaan AIR2040 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

“Usaha ini secara langsung menyokong agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) serta sasaran Pelepasan Karbon Sifar Bersih 2050 demi kesejahteraan negara dan generasi akan datang,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings