the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 29, 2025
23.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

KTMB tamatkan perkhidmatan tren Ekspres Selatan mulai 1 Januari 2026

Perkhidmatan tren Ekspres Selatan KTMB di laluan Gemas-JB Sentral akan ditamatkan mulai 1 Januari 2026 selepas sembilan tahun beroperasi

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menamatkan operasi perkhidmatan tren Ekspres Selatan berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Penamatan itu melibatkan enam perkhidmatan Ekspres Selatan iaitu No 41, 42, 43, 44, 45 dan 46 di laluan Gemas-JB Sentral-Gemas.

KTMB dalam kenyataan memaklumkan langkah itu adalah sebahagian daripada penyelarasan perancangan dan pengoptimuman operasi penumpang di jajaran selatan.

Ia selaras dengan kemajuan serta kesiapsiagaan infrastruktur Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru.

“Langkah ini juga bertujuan memastikan kesinambungan perkhidmatan yang lebih cekap, bersepadu dan berfokus kepada pengalaman perjalanan penumpang,” menurut kenyataan itu.

Keperluan perjalanan penumpang di sektor selatan akan diperkukuh melalui pengoperasian penuh perkhidmatan tren elektrik (ETS) hingga ke JB Sentral.

Lapan perkhidmatan ETS sehari akan beroperasi mulai 1 Januari 2026.

“Penumpang kini menikmati perjalanan yang lebih moden, mesra pengguna dan mesra alam,” menurut KTMB.

Perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran (ERT) bagi laluan JB Sentral-Tumpat-JB Sentral akan terus beroperasi seperti biasa.

Perkhidmatan Shuttle Timuran turut disediakan sebagai alternatif perjalanan secara henti-henti bagi laluan Gemas-Tumpat.

Ketua Pegawai Teknikal merangkap pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Ahmad Nizam Mohamed Amin merakamkan penghargaan kepada semua penumpang setia Ekspres Selatan.

“Setiap perjalanan, kenangan dan nostalgia bersama Ekspres Selatan akan sentiasa terpahat dalam ingatan seluruh warga kerja KTMB,” katanya.

KTMB menasihati penumpang supaya membuat semakan jadual perjalanan terkini melalui saluran rasmi syarikat.

Orang ramai boleh merancang perjalanan lebih awal melalui platform jualan tiket rasmi atau mendapatkan bantuan melalui Pusat Panggilan KTMB.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh dihubungi menerusi talian 03-9779 1200 atau media sosial rasmi KTMB.

Related

spot_img

Latest

Calm returns to Syrian coastal cities after protests

Syrian coastal cities are calm after protests, with heavy security deployed. Demonstrations in Latakia, Tartus, Homs and Hama saw injuries and three deaths reported.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories