Sebuah PPS dibuka di SK Parit Penghulu, Jasin menempatkan 34 mangsa banjir dari dua kampung akibat limpahan Sungai Rambai
JASIN: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu di sini, petang tadi akibat banjir.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka memaklumkan PPS itu menempatkan 34 orang daripada lapan keluarga.
PPS itu dibuka pada 3.45 petang bagi menempatkan mangsa dari Kampung Parit Perawas Benteng dan Kampung Tasek Benteng.
Banjir itu berpunca daripada limpahan air Sungai Rambai.








