the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
23.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

FINAS salur RM1.51 juta insentif tayangan kepada 27 filem

FINAS salur insentif tayangan filem cereka bernilai RM1.51 juta kepada 27 filem tempatan, menyumbang kepada kutipan rekod RM221.6 juta industri pada 2025.

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menyalurkan Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC 2.0) bernilai RM1.51 juta kepada 27 filem tempatan.

Pengerusi FINAS Datuk Gerald Hans Isaac berkata pemberian insentif itu dibuat berdasarkan penilaian berformat dan prosedur operasi standard yang diguna pakai sejak 2011.

Beliau berkata insentif itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam membantu kelangsungan industri kreatif tempatan.

“Berdasarkan pengalaman saya berinteraksi dengan penggiat industri di luar negara, tidak semua negara menyediakan insentif seperti ini,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian ITFC 2.0 di Pawagam Mini P. Ramlee, FINAS.

Hans berkata insentif ini telah disalurkan sebanyak tiga kali tahun ini, bermula pada April melibatkan sembilan filem dengan jumlah RM613,702.13.

Penyerahan kedua pada September berjumlah RM1,128,729.74 melibatkan 14 filem, diikuti penyerahan ketiga hari ini sebanyak RM1,509,659.32 untuk 27 filem.

Selain itu, Hans berkata industri filem tempatan merekodkan kutipan keseluruhan berjumlah RM221.6 juta hasil tayangan 71 filem cereka tempatan pada tahun ini.

Ini menjadikan 2025 sebagai tahun kutipan tertinggi sejak Skim Wajib Tayang diperkenalkan.

“Kami (FINAS) akan terus melaksanakan inisiatif galakan yang bersasar dan berimpak tinggi bagi memastikan industri perfileman dan kandungan kreatif negara berkembang secara mampan,” katanya.

ITFC adalah inisiatif Kementerian Komunikasi menerusi FINAS bagi membantu dan menggalakkan penerbit filem menghasilkan filem cereka tempatan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Lane Crawford and AiDLab Partner to Innovate Fashion Retail through AI, Launching Interactive Personal Stylist

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 30 December 2025 - Lane Crawford, Hong Kong's iconic luxury department store and the Laboratory for Artificial Intelligence in Design (AiDLab) funded by the Government of Hong Kong SAR's InnoHK Research Clusters, are partnering to innovate fashion retail through a series of AI initiatives including a first to market virtual personal fashion stylist.
spot_img

Popular Categories