the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, December 30, 2025
23.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan tidak bertolak ansur rasuah, tegas terhadap kawan dan lawan

PM Anwar Ibrahim tekad kerajaan tidak bertolak ansur rasuah, siasatan berterusan melibatkan ahli politik dan pegawai tentera demi selamatkan negara.

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam menangani amalan rasuah, tanpa mengira sama ada kegiatan itu melibatkan pihak lawan atau kawan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus bertindak tegas menentang gejala terbabit demi menyelamatkan negara.

Beliau menekankan komitmen untuk memastikan dana awam digunakan secara berhemat bagi membela nasib rakyat.

“Kita tidak akan bertolak ansur, tidak akan menerima apa-apa ugutan daripada mana-mana pihak dan kita akan tegas menghadapi masalah ini sama ada kawan atau lawan,” katanya pada sidang media khas di sini.

Perkembangan terkini siasatan kes rasuah yang melibatkan ahli politik, pegawai tertinggi kerajaan dan Angkatan Tentera Malaysia telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Anwar berkata walaupun Kerajaan MADANI menekankan tatakelola dan kebajikan, masih terdapat segelintir individu terperangkap dalam budaya lama yang rosak.

Media sebelum ini melaporkan seorang bekas menteri era sebelum COVID-19 sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Siasatan itu membabitkan pemindahan sebidang tanah milik kerajaan bernilai tinggi kepada seorang pemaju hartanah terkemuka.

SPRM turut menjalankan siasatan terhadap seorang pegawai kanan Tentera Darat berhubung dakwaan rasuah.

Kes itu melibatkan perolehan projek yang dilaksanakan melalui kaedah tender terbuka di bawah Pusat Tanggungjawab Tentera Darat.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories