the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, December 31, 2025
22.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

MyCare sasar sediakan 500 pek bantuan bayi untuk Gaza

MyCare bekerjasama dengan Klinik Ajwa untuk menyediakan 500 pek bantuan bayi bernilai RM375,000 bagi penduduk Gaza yang menghadapi musim sejuk.

SHAH ALAM: Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare) menetapkan sasaran menyediakan 500 pek bantuan bayi bernilai RM375,000 bagi membantu penduduk Palestin di Gaza menghadapi musim sejuk.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCare, Dr Fauziah Mohd Hasan, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Klinik Ajwa untuk menggerakkan kutipan dana bagi projek itu.

Pek bantuan itu merangkumi barangan keperluan asas seperti susu formula dan lampin pakai buang.

Pelaksanaan projek ini akan melibatkan kerjasama dengan rakan strategik antarabangsa untuk membolehkan pembelian dibuat terus di dalam wilayah Gaza.

Pendekatan ini diambil bagi mengelakkan sekatan yang sering menghalang bantuan kemanusiaan.

“Penduduk di sana lebih berhak menentukan keperluan mereka sendiri,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Kempen Musim Sejuk dan Baby Bags Gaza.

“Oleh itu, kita hanya akan serahkan bantuan kewangan, sampai di sana mereka akan uruskan pembelian serta serahan.”

Beliau berkata banyak barangan, termasuk susu bayi, telah disekat di sempadan atau dirampas walaupun dibawa oleh petugas perubatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dr Fauziah, yang juga seorang aktivis kemanusiaan, berkata kos barangan asas di Gaza kini berada pada tahap yang tidak masuk akal.

Keadaan itu berlaku kerana sebahagian barangan hanya dibenarkan masuk melalui saluran perniagaan tertentu.

“Ini menyebabkan barangan keperluan dijual pada harga melampau,” katanya.

“Sedangkan penduduk setempat tidak mempunyai pendapatan atau pekerjaan tetap untuk mendapatkan keperluan harian.”

Beliau memaklumkan orang ramai boleh menyumbang menerusi akaun CIMB atas nama Humanitarian Care Malaysia Berhad (8602135592).

Terdahulu, Dr Fauziah terlibat sebagai ahli panel forum bertajuk “Wanita dan Perjuangan Palestin” yang disaksikan hampir 200 peserta.

Dua lagi ahli panel ialah Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali dan Prof Dr Mohd Afandi Salleh dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Related

spot_img

Latest

Vietnam Airlines Debuts Direct Ho Chi Minh City–Copenhagen Service

HO CHI MINH CITY, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 31 December 2025 - Vietnam Airlines has officially launched its nonstop service between Ho Chi Minh City and Copenhagen, Denmark, marking the first-ever direct air connection between Vietnam and Northern Europe.

Vietnam Airlines Introduces New Direct Service Between Hanoi and Cebu

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 31 December 2025 - Vietnam Airlines has officially inaugurated its direct service between Hanoi (HAN) and Cebu (CEB), marking a significant addition to the airline's expanding international network.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories