the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 18, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

LHDN: CP500 dikeluarkan berdasarkan pelaporan pembayar cukai dalam BNCP

Notis Bayaran Ansuran CP500 dikeluarkan berdasarkan pelaporan dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan, kata LHDN, selepas aduan pembayar cukai yang hanya ada pendapatan gaji.

PUTRAJAYA: Notis Bayaran Ansuran (CP500) yang dikeluarkan kepada pembayar cukai adalah berdasarkan pelaporan dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) yang mereka kemukakan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) dalam kenyataan memaklumkan bahawa CP500 hanya dikeluarkan sekiranya pembayar cukai melaporkan penerimaan pendapatan daripada punca penggajian dan bukan penggajian.

LHDN berkata ia telah menerima aduan daripada pembayar cukai yang menerima CP500 walaupun hanya mempunyai punca pendapatan penggajian.

Berdasarkan semakan lanjut, LHDN mendapati pembayar cukai berkenaan telah membuat pelaporan yang kurang tepat dalam BNCP.

“Sebahagian pendapatan penggajian telah dilaporkan sebagai pendapatan daripada punca dividen, faedah, sewa, royalti, pencen, anuiti dan apa apa perolehan atau keuntungan lain,” menurut kenyataan itu.

Bagi pembayar cukai individu yang hanya mempunyai punca penggajian tetapi telah menerima CP500, mereka boleh mengemukakan Borang Permohonan Pindaan Bayaran Ansuran (CP502).

Permohonan itu perlu dikemukakan bersama borang EA/EC kepada Meja Bantuan CP500 melalui e-mel di [email protected].

LHDN menyarankan pembayar cukai melaporkan pendapatan dalam BNCP dengan betul dan tepat bagi memastikan pengurusan cukai yang lebih cekap.

“LHDN komited untuk terus memperkasakan sokongan dan bimbingan kepada pembayar cukai bagi memudahkan pelaksanaan tanggungjawab percukaian secara telus dan efisien,” menurut kenyataan itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings