the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, January 4, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kelantan hargai arahan PM percepat ganti titi gantung Lata Rek

Kerajaan Kelantan hargai arahan PM Anwar Ibrahim sediakan peruntukan ganti segera titi gantung runtuh di Lata Rek, Kuala Krai.

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas arahan menyediakan peruntukan bagi menggantikan titi gantung yang runtuh di Lata Rek, Kuala Krai.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata kejadian pada Khamis lepas telah mengakibatkan beberapa orang awam cedera dan menjejaskan akses harian penduduk setempat.

Beliau berkata kerajaan negeri telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai menyelaras urusan bersama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan agensi terlibat.

“Kerajaan negeri komited untuk terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan demi menjamin kebajikan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Nassuruddin berkata ADUN Manek Urai dan Ahli Parlimen Kuala Krai telah turun padang membantu mangsa serta memastikan keselamatan penduduk.

Beliau turut merakamkan rasa simpati dan keprihatinan kepada semua mangsa terlibat.

“Saya berharap penyelesaian terhadap isu ini dapat dilaksanakan dengan pantas melalui kerjasama erat semua pihak,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri semalam memaklumkan Anwar mengarahkan peruntukan disediakan bagi menggantikan segera titi gantung itu.

Titi gantung itu runtuh sehingga menyebabkan orang awam cedera dan menjejaskan akses harian penduduk sekitar beberapa kampung.

Pada Khamis lepas, media melaporkan titi gantung dilalui tetamu majlis perkahwinan tiba-tiba runtuh menyebabkan lebih 50 orang terjatuh ke dalam sungai.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories