the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 14, 2026
30.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan bekerjasama pantau penularan ajaran sesat

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Kerajaan bekerjasama dengan pihak berkuasa pantau penularan ajaran sesat, dengan 14 ajaran aktif dikenal pasti dan dipantau rapi oleh PDRM.

KUALA TERENGGANU: Kerajaan sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam memantau dan membanteras penularan ajaran sesat di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata semua ajaran sesat berada dalam radar pihak berkuasa.

“Pemantauan serta penguatkuasaan yang dilakukan juga perlu mengikut lunas undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas program bantuan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan 14 ajaran sesat dikenal pasti masih aktif dan dipantau rapi.

Zulkifli menekankan peranan masyarakat dan NGO dalam menangani isu ini untuk memastikan Malaysia menjadi model negara Islam terbaik.

Beliau berkata agensi di bawahnya aktif menjalankan program advokasi mengenai bahaya ajaran sesat dan keindahan Islam sebenar.

“Yang paling penting bagaimana kita membawa ajaran Islam yang sebenar supaya semua ajaran sesat boleh dikuburkan,” katanya.

Dalam program berkenaan, Zulkifli menyampaikan bantuan kepada lebih 100 penduduk Kuala Terengganu yang terjejas banjir.

Seramai 540 pelajar dan 772 keluarga mangsa banjir di Terengganu telah menerima manfaat daripada Program Misi Bantuan Pascabencana Skuad Ihsan MADANI.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings