the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, January 7, 2026
23.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Penstrukturan PTPTN tidak jejas pinjaman perumahan, kata Zambry

Penstruktur semula bayaran PTPTN tidak menjejaskan pinjaman perumahan peminjam, kata Menteri Pendidikan Tinggi, hanya untuk yang langsung tidak bayar

MANJUNG: Penstrukturan semula bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak akan menjejaskan pinjaman perumahan serta lain-lain pinjaman.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata tindakan itu hanya dikenakan terhadap peminjam yang langsung tidak membuat sebarang bayaran.

Beliau menambah ia juga untuk mereka yang gagal menghubungi atau berbincang dengan pihak PTPTN mengenai kedudukan kewangan.

“Saya sering kali tekankan, kita menggunakan istilah ‘keihsanan’. Kita tidak mahu peminjam merasakan bahawa tuntutan untuk membayar pinjaman PTPTN itu satu tekanan besar kepada mereka,” katanya.

Zambry berkata peminjam yang mempunyai kesulitan boleh datang berbincang dengan PTPTN.

Beliau telah memaklumkan kepada pihak PTPTN supaya memberikan ruang perbincangan tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi penyerahan bantuan kepada 1,350 pelajar di Dewan Merdeka di sini.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata sambutan terhadap Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kini berjumlah kira-kira RM20 billion.

Ini mencerminkan kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk menyimpan bagi masa depan pendidikan anak-anak.

“Saya lihat sambutan kepada tabung SSPN ini begitu baik sekali. Seperti mana yang dapat kita lihat, contohnya setiap tahun dari segi dividen juga semakin meningkat,” katanya.

Beliau menggalakkan ibu bapa dan orang ramai untuk menabung dalam SSPN.

Selain pinjaman PTPTN, kerajaan menyediakan pelbagai saluran untuk membantu pelajar berpendapatan rendah.

Bantuan itu termasuk melalui program SULUNG untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. 

Related

spot_img

Latest

Swiss officials admit inspections failure at inferno bar

Swiss authorities admit failure in conducting fire safety inspections for five years at Le Constellation bar, where 40 people died in a New Year's blaze. Owners face manslaughter charges.

Most Viewed

Elusive search for MH370 continues

Finding the aircraft wreckage remains oneof aviation’s hardest challenges, as vast oceans, missing crash coordinates and imperfect data limit even the most advanced technology: Expert
spot_img

Popular Categories