the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 8, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kerajaan salurkan SARA Bulanan 2026 mulai 9 Januari

Program SARA Bulanan 2026 disalurkan mulai 9 Januari kepada 8.1 juta penerima dengan peruntukan RM8 bilion, manakala SARA untuk Semua pada 9 Februari.

KUALA LUMPUR: Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan 2026 akan mula disalurkan kepada penerima bermula 9 Januari ini.

Penyaluran fasa pertama melibatkan lima juta penerima terdiri daripada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tiada pasangan.

Pembayaran kepada 3.1 juta individu bujang pula akan bermula pada 16 Januari ini, menurut kenyataan Kementerian Kewangan.

Secara keseluruhan, SARA Bulanan 2026 melibatkan 8.1 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM8 bilion.

Ini meningkat berbanding 5.4 juta penerima dengan peruntukan RM5 bilion pada tahun 2025.

Penerima SARA Bulanan akan menerima kredit antara RM50 hingga RM200 mengikut kategori kelulusan.

Sasaran kedai kecil yang terlibat dalam program SARA akan ditingkatkan kepada 10,000 menjelang akhir 2026.

Ini berbanding lebih 3,000 pada akhir tahun 2025 bagi melengkapi cawangan pasar raya sedia ada.

MOF turut memaklumkan pelaksanaan SARA Bulanan pada tahun lepas mencatatkan prestasi perbelanjaan hampir 100% oleh penerima.

Kadar penggunaan tinggi itu turut dicatatkan di kawasan luar bandar.

Selain itu, bantuan SARA untuk Semua sebanyak RM100 secara sekali beri akan disalurkan pada 9 Februari ini.

Bantuan itu adalah untuk semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas bagi membantu persiapan Ramadan dan sambutan Tahun Baharu Cina.

Pelaksanaan SARA untuk Semua 2025 mencatatkan kadar penggunaan tinggi apabila 21.2 juta penerima atau 96% telah membelanjakan bantuan tersebut.

Jumlah perbelanjaan bagi bantuan itu adalah hampir RM2.1 bilion.

“Seperti yang dijanjikan, baki SARA untuk Semua 2025 yang tidak dibelanjakan sekitar RM150 juta akan disalurkan semula bagi menjamin maslahat golongan rentan,” menurut kenyataan itu.

Antara inisiatif yang dikenal pasti termasuk sokongan kepada penghuni pusat perlindungan termasuk mangsa keganasan rumah tangga.

Inisiatif lain adalah bantuan kepada pelajar orang kurang upaya (OKU) dan keperluan khas serta pembelian peranti perubatan untuk golongan rentan.

Pelaksanaan inisiatif Dapur SISWA bagi membantu pelajar kurang berkemampuan mendapatkan akses makanan juga akan diteruskan.

SARA untuk Semua merupakan bantuan sekali beri kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Ini berbeza dengan SARA Bulanan yang disalurkan setiap bulan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan golongan memerlukan.

SARA untuk Semua yang mula diperkenalkan pada 31 Ogos 2025 sempena Hari Kebangsaan itu melibatkan kira-kira 22 juta warganegara Malaysia.

STR Fasa 1 2026 akan mula disalurkan pada 20 Januari depan melibatkan peruntukan RM1.1 bilion.

Bantuan itu adalah kepada 3.7 juta isi rumah dan 1.3 juta warga emas tanpa pasangan dengan bayaran antara RM100 hingga RM500 mengikut kelayakan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Prasarana’s procurement of train sets awarded to CRRC

Prasarana Malaysia Bhd’s procurement of 26 new train sets for the Kelana Jaya Line has been awarded to China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC), said Transport Minister Anthony Loke Siew Fook.
spot_img

Popular Categories