the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
31.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

SPRM tahan tiga penguat kuasa, seorang wanita kes rasuah lindung pendatang tanpa izin

SPRM Melaka tahan empat individu, termasuk tiga penguat kuasa, disyaki terima rasuah untuk lindungi pekerja asing tanpa izin di premis sekitar negeri.

MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka menahan empat individu, termasuk tiga anggota penguat kuasa sebuah jabatan kerajaan, semalam.

Mereka disyaki terlibat dalam rasuah berkaitan perlindungan pekerja asing tanpa izin.

Kesemua suspek, termasuk seorang wanita yang merupakan isteri kepada seorang penguat kuasa, berusia antara 30 hingga 50 tahun.

Mereka ditahan di Pejabat SPRM Melaka dari pukul 11.50 pagi hingga 4.50 petang.

Dua anggota penguat kuasa itu dipercayai menerima wang suapan secara bulanan daripada majikan atau syarikat sekitar Melaka.

Bayaran itu adalah sebagai balasan untuk melindungi premis dan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan menggaji pekerja asing tanpa izin.

“Wanita terbabit disyaki bersubahat dengan suaminya iaitu membantu mengurus serta menerima wang suapan daripada majikan terlibat,” menurut satu sumber.

Bayaran dibuat secara tunai melalui serahan tangan dan juga transaksi bank.

Seorang lagi penguat kuasa daripada jabatan sama turut ditahan.

Beliau disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada pengurus sebuah restoran awal tahun lepas.

Wang itu adalah sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap warga asing yang bekerja tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Kesemua suspek direman sehingga 11 Januari selepas permohonan reman dibenarkan di Mahkamah Majistret Ayer Keroh.

Pengarah SPRM Melaka Datuk Adi Supian Shafie mengesahkan tangkapan itu.

Beliau memaklumkan kes tersebut merupakan hasil kerjasama risikan dan operasi bersama-sama polis.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings