the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, January 9, 2026
21.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Sultanah Terengganu zahir takziah kepada keluarga pelajar maut kemalangan

Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah zahirkan ucapan takziah kepada keluarga pelajar UniSZA yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU: Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli.

Pelajar berusia 25 tahun itu maut dalam satu kemalangan jalan raya di sini semalam.

Ucapan dukacita baginda disampaikan melalui Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Datuk Dr Fadzli Adam.

Fadzli berkata Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA turut menzahirkan perasaan sedih yang amat mendalam.

“Tuanku berharap keluarga Allahyarham dapat bersabar jua di dalam ketika sedih ini serta baginda berdoa ke hadrat Allah SWT agar roh Allahyarham dihimpunkan bersama ahli Jannah,” katanya.

Dalam kejadian jam 1.55 petang semalam, Syakirah Hanan yang memandu Perodua Viva dari arah UniSZA dirempuh sebuah Honda Jazz.

Kemalangan itu berlaku di persimpangan lampu isyarat JPJ, Jalan Kemajuan.

Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di beberapa bahagian badan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

KPDN sita 199 tong LPG, tahan tiga individu di Sepang

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 199 tong LPG dan sebuah lori bernilai RM144,427 serta menahan tiga individu dalam operasi di Sepang.
spot_img

Popular Categories