the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 16, 2026
25.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cuaca ekstrem boleh berlaku di luar zon Monsun Timur Laut

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

MetMalaysia mengingatkan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang boleh berlaku di mana-mana jika keadaan atmosfera menggalakkan, memerlukan kewaspadaan berterusan.

KUALA LUMPUR: Cuaca ekstrem seperti hujan lebat, ribut petir dan angin kencang masih berpotensi berlaku dari semasa ke semasa di kawasan yang lazimnya tidak terjejas oleh Monsun Timur Laut.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Ambun Dindang berkata keadaan atmosfera yang kondusif boleh membentuk cuaca ekstrem di mana-mana lokasi.

Beliau menjelaskan pantai barat Semenanjung, Sabah dan Sarawak juga berpotensi dilanda cuaca sedemikian walaupun bukan zon lazim Monsun Timur Laut.

“Sepanjang musim Monsun Timur Laut, perkara yang paling dibimbangkan ialah kehadiran luruan monsun kerana ia boleh menyebabkan hujan berterusan antara satu hingga tiga hari,” katanya.

Ambun berkata hujan berterusan pada intensiti sederhana hingga lebat itu berpotensi meningkatkan risiko bencana sekiranya berlarutan.

Faktor utama mempengaruhi kejadian cuaca ekstrem ialah arah, kelajuan angin dan penumpuan angin di sesuatu kawasan.

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dengan tiga tahap keseriusan.

Tahap tersebut ialah Waspada (Kuning), Buruk (Oren) dan Bahaya (Merah) untuk peringatan kepada orang ramai.

“Peringkat waspada menunjukkan potensi risiko cuaca ekstrem yang masih perlu diberi perhatian serius oleh masyarakat,” jelasnya.

Walaupun monsun dijangka berakhir pada Mac, luruan monsun membawa hujan lebat boleh berlaku bila-bila masa.

MetMalaysia menjalankan pemantauan cuaca 24 jam dan akan mengeluarkan amaran awal sebaik tanda-tanda dikenal pasti.

Ambun menasihatkan orang ramai sentiasa mendapatkan maklumat cuaca terkini daripada sumber rasmi MetMalaysia.

Beliau juga menggesa orang ramai mematuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diarahkan berpindah bagi mengurangkan risiko keselamatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

El Nino preparedness, ATM training, blast among focus of Dewan Rakyat today

The government’s preparations to face the El Nino phenomenon, the cause of a hand grenade explosion during a Malaysian Armed Forces (ATM) training exercise and the spread of deviant teachings are among the highlights of today’s Dewan Rakyat sitting.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings