the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
30.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Mahkamah bebaskan pekerja ladang sawit dalam kes dadah 77kg

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Mahkamah Tinggi Ipoh bebaskan pekerja ladang sawit tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan edar lebih 77kg dadah methamphetamine.

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang pekerja ladang sawit tanpa dipanggil membela diri atas dua pertuduhan mengedar lebih 77 kilogram dadah jenis methamphetamine.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membebaskan Leong Hoi Aw, 52, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Beliau berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa Leong mempunyai niat bersama untuk menjalankan kegiatan dadah tersebut.

“Tertuduh cuma seorang penumpang dan tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang dadah dalam jumlah yang besar di dalam but kereta dinaikinya,” katanya.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan seorang lagi tertuduh Liew Wan Wah, 45, untuk membela diri atas pertuduhan sama.

Mahkamah menetapkan 22 dan 23 April untuk prosiding membela diri tertuduh kedua itu.

Hakim Abdul Wahab berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan dadah berkenaan adalah bagi tujuan pengedaran dan lelaki itu mengetahui keberadaan dadah itu dalam kereta tersebut.

“Saya berpendapat bahawa tertuduh pertama telah membawa sejumlah dadah iaitu 74,477.8 gram dan 3,267.0 gram dadah jenis methamphetamine dengan menggunakan kereta yang dipandunya,” katanya.

Kedua-dua mereka didakwa mengedar dadah seberat 74,477.8 gram dan 3,267.0 gram di Plaza Tol Gopeng dan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar pada 23 dan 24 Jun 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Peguam Charan Singh Kartar Singh dan P Ravee masing-masing mewakili Leong dan Liew manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Yasinnisa Begam Seeni Mohideen.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings