the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
25.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tumpas sindiket dadah dalam cecair vape bernilai RM1.48 juta

KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dalam cecair rokok elektronik atau vape bernilai RM1.48 juta.

Tujuh serbuan dijalankan di sekitar Lembah Klang pada 22 Ogos yang lalu.

Sembilan individu berumur 24 hingga 34 tahun berjaya ditahan, termasuk seorang wanita warga Thailand.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus mendedahkan sindiket tersebut menggunakan kondominium mewah berpagar dan berpengawal sebagai pusat operasi.

“Kita percaya sindiket yang aktif sejak hujung tahun lepas itu mengedar dadah secara konvensional dan mempunyai sasaran pelanggan serta turut diedarkan di luar Lembah Klang,“ katanya.

Rampasan termasuk dadah jenis MDMA seberat 3.5 kilogram, 7.6 liter katrij MDMA dan botol cecair MDMA dianggarkan 39 liter.

Katrij cecair vape yang dijual boleh mencecah RM100 hingga RM200 bagi setiap botol 15 mililiter.

Polis turut merampas pelbagai jenis kenderaan, jam tangan mewah, beg berjenama dan wang tunai RM1.5 juta.

Kesemua individu ditahan menunjukkan keputusan negatif dadah dalam ujian saringan air kencing.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mandatori.

Lima suspek direman tujuh hari manakala reman terhadap empat individu lagi ditolak. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings