the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lapan fasiliti kesihatan terjejas tanah runtuh di Sabah kembali beroperasi

KUALA LUMPUR: Lapan daripada sembilan fasiliti kesihatan yang terjejas akibat tanah runtuh di beberapa daerah di Sabah telah kembali beroperasi sepenuhnya sejak semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata satu lagi fasiliti yang belum beroperasi ialah Klinik Desa (KD) Gadong Papar, yang kini dalam proses pembersihan.

“Perkhidmatan kesihatan KD Gadong Papar telah dipindahkan buat sementara waktu ke Klinik Kesihatan (KK) Bongawan,” katanya dalam sidang media sempena program Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera, di sini hari ini.

Dzulkefly berkata fasiliti yang telah pulih ialah KD Gadong (Beaufort), KD Padas Lamit (Beaufort), KD Bangkalalak (Beaufort), KD Lingkungan (Beaufort), KD Sinokom (Beaufort), KK Membakut (Membakut), KD Pantai (Sipitang) dan KK Mendulong (Sipitang).

Media sebelum ini melaporkan beberapa daerah di Sabah termasuk Penampang, Kota Kinabalu,Papar dan Beaufort terjejas akibat banjir dan tanah runtuh serta meragut 13 nyawa manakala ribuan lagi dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum Successfully Held in Zhongshan, Guangdong

ZHONGSHAN, CHINA - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - As 2026 marks the 160th anniversary of the birth of Dr. Sun Yat-sen, the 6th Cross-Strait Sun Yat-sen Forum was held in Zhongshan, Guangdong Province—the hometown of the great pioneer—from June 27 to 29 under the theme "Carrying Forward Dr. Sun Yat-sen's Spirit of Endeavor and Working Together for the Great Rejuvenation of the Chinese Nation".

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings