the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Penjawat awam wanita rugi RM124,930 ditipu sindiket phone scam

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam wanita mengalami kerugian RM124,930 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan panggilan telefon atau ‘phone scam’.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa berusia 39 tahun telah dihubungi suspek yang menyamar sebagai wakil syarikat insurans pada 26 Jun lepas.

Beliau berkata suspek mendakwa mangsa ada membuat tuntutan insurans kesihatan yang memerlukan pengesahan namun dinafikan oleh mangsa.

Mangsa disambungkan kepada suspek lain yang menyamar sebagai pegawai polis.

Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam aktiviti penggubahan haram dan diminta membuat pinjaman peribadi bagi menyelesaikan ikat jamin.

Mangsa yang bimbang dikenakan hukuman penjara telah membuat pinjaman peribadi sebanyak RM79,000 yang dimasukkan ke akaun simpanannya.

Azli berkata suspek kemudian mengarahkan mangsa supaya menukar kad bank dan nombor telefon dengan alasan tertentu.

Mangsa juga tidak dibenarkan mengemas kini dan menggunakan akaun tersebut hingga satu tempoh yang diberitahu.

Pengadu telah mengikuti semua arahan suspek.

Bagaimanapun, pada 27 Ogos lepas mangsa yang mengesyaki ditipu telah meminta penyata daripada pihak bank untuk pengesahan.

Setelah diperiksa mangsa terkejut apabila mendapati terdapat enam kali pindahan wang daripada akaun bank miliknya ke akaun tidak dikenali berjumlah RM124,930.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings