the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, June 27, 2026
22.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Guru tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki di Ipoh

IPOH: Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki berusia 17 tahun pada September tahun lepas.

Pertuduhan melibatkan kejadian di sebuah rumah di Gerbang Meru Indah pada 13 dan 14 Sept 2024, serta di bilik warden sebuah sekolah menengah pada 27 Sept 2024.

Ketiga-tiga pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) dibaca bersama Seksyen 16 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Amalina Harun mencadangkan jaminan RM40,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan manakala peguam Baldip Singh yang mewakili tertuduh memohon jaminan RM5,000 untuk setiap pertuduhan atas alasan tertuduh perlu menanggung keluarga dan merupakan kesalahan pertama.

Hakim Jean Sharmila Jesudason membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 untuk semua pertuduhan dengan syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis setiap awal bulan dan tidak dibenarkan mendekati mangsa dan saksi kes.

Mahkamah menetapkan 24 Okt ini untuk sebutan semula kes. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings