the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

17 kes terjun jambatan di Kelantan sejak 2021 hingga semalam

PASIR MAS: Sebanyak 17 kes terjun jambatan disyaki cubaan membunuh diri direkodkan di Kelantan sejak 2021 sehingga semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata daripada jumlah tersebut 15 daripada mangsa ditemui mati lemas manakala seorang berjaya ditemukan selamat.

Beliau berkata dalam kes terbaru semalam ia melibatkan seorang lelaki berusia 43 tahun yang dilaporkan terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, di sini dan pihak bomba masih menjalankan operasi mengesan mangsa.

“Antara jambatan yang paling kerap dijadikan lokasi mangsa terjun adalah Jambatan Sultan Yahya Petra (sembilan kes), Jambatan Tendong (tiga kes), Jambatan Salor (dua), manakala masing-masing satu kes di Jambatan Wakaf King, Jambatan Tok Bali dan Jambatan Pak Nik Lah.

“Bagi statistik mengikut tahun, kita dapati pada 2021 ada tiga kes terjun jambatan, tujuh kes pada 2022 dan enam kes pada 2023. Pada awal tahun ini sudah ada satu kes semalam,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pusat Kawalan Operasi Bencana di Tendong, di sini, hari ini.

Zainal berkata kes kejadian terjun jambatan tersebut agak membimbangkan dan berharap pihak tertentu turut mencari jalan penyelesaian termasuk cadangan membina pagar di laluan tepi jambatan kerana dikhuatiri akan berulang kembali selepas ini.

Sementara itu mengulas mengenai kes terbaru semalam, Zainal berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian itu pada 7.48 malam, semalam.

“Sebaik menerima laporan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tunjong telah ke lokasi dengan dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Pengkalan Kubor dan Pengkalan Chepa.

“Operasi mencari di permukaan Sungai Kelantan telah dilakukan sejak semalam dan akan diteruskan hari ini termasuk dengan Unit K9 dari Subang, Selangor,” katanya.

Katanya, operasi akan terus dijalankan sehingga mangsa berjaya ditemui dan yakin mangsa tidak akan hanyut jauh kerana kemungkinan tersangkut di sepanjang sungai itu. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Forest City SFZ Highlights Early JS-SEZ Traction as Investment Pipeline Expands

Forest City SFZ reported early progress under the Johor-Singapore Special Economic Zone, highlighting growing investment interest, family office incentives and improved cross-border connectivity as the economic corridor advances its strategy to attract regional businesses and long-term investment.

Jollibee Group brands recognized as top three most valuable restaurant brands in Brand Finance...

Jollibee Group brands Jollibee, Mang Inasal, and Chowking were recognized in the Brand Finance Philippines 50 2026 report as the country's top three most valuable restaurant brands, with Jollibee leading the restaurant sector and accounting for around 80% of total restaurant brand value.

Cigna Healthcare Hong Kong enhances VHIS Flexi Plan (Superior) with expanded regional medical coverage...

Cigna Healthcare Hong Kong today announced enhancements to its Cigna VHIS Series – Flexi Plan (Superior), strengthening its medical insurance offering to help customers better manage rising healthcare costs and access quality health care locally, regionally and overseas.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings