the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

249 gerai, lebih 500 premis makanan akan diperiksa sepanjang Ramadan di Sandakan

SANDAKAN: Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan di sini dijangka memeriksa 249 gerai dan lebih 500 pemilik premis mahupun pengendali makanan di Sandakan sepanjang bulan puasa ini melalui Op Bazar Ramadan yang bermula 12 Mac lepas.

Pegawainya Dr Mohamad Faiz Gahamat berkata setakat semalam, sebanyak 11 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Akta Makanan 1983.

“Daripada 11 notis yang kita keluarkan ini, lima adalah berkaitan dengan pemilik premis sendiri, empat berkaitan pengendalian makanan manakala dua lagi berkaitan kebersihan makanan,“ katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata 30 pegawai penguat kuasa kesihatan terlibat dalam pemantauan Op Bazar Ramadan itu dan setakat ini, tahap kesedaran kebersihan di setiap bazar adalah memuaskan.

“Meskipun tiada laporan mengenai keracunan makanan diterima namun kita tidak boleh leka dan pihak kami akan meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa, kami bukan setakat melaksanakan penguatkuasaan tetapi kami mahu menerapkan pendidikan kesihatan,“ katanya.

Dr Mohamad Faiz berkata pihaknya turut menjalin kerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk memberi latihan atau taklimat kepada pengendali makanan termasuk penjual di bazar Ramadan selain membantu pihak yang terlibat mendapatkan pemeriksaan kesihatan, lesen dan suntikan tifoid. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings