the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

316 petugas, pesara PDRM di Zon Tengah Sarawak terima PJPN

SIBU: Seramai 316 petugas dan pesara Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dari 12 daerah dalam Zon Tengah Sarawak telah dianugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) pada majlis penganugerahan Siri 1/2023 peringkat Kontinjen Sarawak di sini hari ini.

Upacara penganugerahan tersebut yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak (UTS) telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Mohd Azman berkata pingat itu dianugerahkan, bagi mengenang jasa kepahlawanan mereka yang pernah berkhidmat semasa era darurat di Tanah Melayu di antara 12 Julai 1948 hingga 21 Julai 1960, era Insurgensi Komunis (17 Jun 1968 hingga 2 Dis 1989) serta darurat di Sabah dan Sarawak (1962 hingga 17 Okt 1990).

“Penganugerahan PJPN Siri 1/2023 peringkat Kontinjen Sarawak ini, melibatkan meliputi 12 daerah iaitu Sibu, Sarikei, Betong, Saratok, Kanowit, Julau, Kapit, Song, Meradong, Mukah, Dalat dan Matu Daro,” katanya dalam sidang media selepas penganugerahan tersebut.

Mohd Azman berkata sehingga kini, seramai 2,000 petugas dan pesara PDRM sudah menerima PJPN di Sarawak, sejak penganugerahan itu dimulakan pada 2014.

“PDRM Sarawak akan mengadakan dua lagi istiadat penganugerahan PJPN pada tahun ini, iaitu di Daerah Kuching dan Daerah Sri Aman. Semua pesara dan bekas polis yang layak diingatkan mendaftar segera melalui portal e-pesara,” tambahnya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings