the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Adly: Lebih 50 rumah percuma untuk veteran ATM dibina tahun depan

KUALA LUMPUR: Lebih 50 rumah percuma untuk veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpencen dan tidak berpencen dijangka dibina tahun depan menerusi program Inisiatif Rumah Peduli Veteran.

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari (gambar) berkata jumlah itu merupakan tambahan kepada 44 rumah yang telah dan sedang dibina di seluruh negara dengan melibatkan peruntukan tambahan RM1 juta.

“Sehingga kini 80 peratus daripada 44 rumah veteran itu telah siap dibina dan kunci unit berkenaan telah diserahkan kepada pemilik di seluruh negara, dengan kos pembinaan setiap unit dianggarkan RM85,000,“ katanya.

Adly berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu untuk Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bagi Kementerian Pertahanan di Bernama Radio di sini, hari ini.

Mengenai Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan berlangsung selama tiga hari bermula esok di Bukit Jalil, Adly berkata Kementerian Pertahanan akan mempamerkan sebahagian aset-aset tentera selain menayangkan filem bertajuk Misi Bakara.

“Selain itu, terdapat juga reruai-reruai kerjaya di bawah Kementerian Pertahanan yang menyediakan peluang pekerjaan dalam ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM iaitu laut, udara dan darat serta bidang siber,” katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings