the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ahmad Dzaffir: Sekolah, ibu bapa jangan panik, lapor segera jika terima e-mel ancaman bom

SEREMBAN: Pihak sekolah dan ibu bapa di negeri ini dinasihatkan untuk bertenang dan tidak panik sekiranya menerima e-mel yang menyatakan terdapat ancaman bom di sekolah, kata Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof (gambar).

Beliau berkata sebaliknya mereka perlu segera membuat laporan kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan lanjut dijalankan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Sembilan memandang serius terhadap ancaman bom dan tindakan segera akan dilakukan bagi memastikan pelajar sentiasa berada dalam persekitaran yang selamat dan ibu bapa tidak perlu risau keselamatan anak-anak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang berita palsu kerana ia boleh mendatangkan kegusaran dan mengancam ketenteraman awam.

Terdahulu, Ahmad Dzaffir berkata pihaknya menerima tiga laporan mengenai ancaman bom palsu yang menyatakan ia ditanam di tiga sekolah swasta iaitu masing-masing satu di Seremban dan Port Dickson hari ini manakala satu lagi di Rembau semalam.

Beliau berkata susulan itu pasukan unit pemusnah bom Kontinjen Negeri Sembilan ke lokasi untuk menjalankan siasatan lanjut sebaik menerima laporan mengenai e-mel berkenaan.

Katanya, polis dengan kerjasama bomba serta pihak sekolah segera mengambil tindakan awal mengosongkan premis dan siasatan awal tidak menemukan sebarang bom yang tertanam di ketiga-tiga sekolah yang dinyatakan dalam e-mel terbabit.

“E-mel tersebut adalah satu berita palsu yang mahu mendatangkan kegusaran kepada pihak sekolah dan ibu bapa. Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (1998) kerana melakukan ancaman atau ugutan jenayah,” katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain hari ini dilaporkan berkata PDRM menerima 37 laporan polis berhubung ancaman bom palsu di sekolah di seluruh negara setakat 2 petang tadi dengan Selangor 15 laporan, Kuala Lumpur (enam), Johor (enam), Pulau Pinang (tiga), Perak (dua), Negeri Sembilan (dua), Kedah (satu), Sarawak (satu) dan Sabah (satu). –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings