the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aidilfitri: Laluan kontra CIQ BSI, KSAB sedia diaktifkan

JOHOR BAHRU: Laluan kontra di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri sedia diaktifkan sekiranya kesesakan berlaku di kedua-dua pintu masuk laluan darat Malaysia-Singapura Aidilfitri ini.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor Baharuddin Tahir (gambar) berkata tambahan 10 kaunter kontra manual dan enam kaunter kontra auto akan diaktifkan di laluan dewan bas BSI, manakala di KSAB melibatkan penambahan 12 kaunter di zon kereta dan 12 kaunter hybrid bagi laluan motosikal.

Beliau berkata kesemua kaunter berkenaan akan diaktifkan mengikut kesesuaian aliran trafik dari semasa ke semasa.

“JIM Johor akan memberikan pemakluman awal 30 minit sebelum melakukan pengaktifan laluan kontra tersebut.

“Bagi membantu dan memudahkan perjalanan pelawat, JIM Johor akan berkongsi maklumat aliran trafik dan keadaan semasa di dua pintu masuk utama itu menerusi media sosial rasmi jabatan dari semasa ke semasa sepanjang musim perayaan ini,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menjangkakan pertambahan kemasukan pelawat semasa musim perayaan Aidilfitri, susulan statistik pada Januari sehingga Mac lepas telah mencatatkan kemasukan kira-kira 41.4 juta pelawat di BSI dan KSAB.

Baharuddin berkata jumlah kemasukan pelawat di kedua-dua pintu masuk bagi tempoh sehari sebelum Aidilfitri sehingga hari raya kedua pada tahun lepas, mencatatkan kemasukan seramai 357,265 pelawat.

Justeru, beliau berkata kesemua kaunter laluan pemeriksaan imigresen di BSI dan KSAB yang berfungsi akan dibuka secara optimum.

Bagi mengimbangi keperluan kaunter di musim perayaan dan memastikan kebajikan pegawai tidak diabaikan, pemberian cuti ketika musim perayaan dan cuti sekolah akan dilakukan secara kuota dan giliran setiap tahun.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings