the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aktiviti gunung berapi cetus pemindahan ratusan orang di Sulawesi Utara Indonesia

JAKARTA: Peningkatan aktiviti gunung berapi di Gunung Ruang di Kepulauan Sitaro, wilayah Sulawesi Utara, sejak Selasa menyebabkan pemindahan 272 keluarga atau 828 individu dari kampung berhampiran.

Tempat perlindungan sementara di sekitar kawasan Tagulandang kini menempatkan 45 orang manakala 783 orang lagi telah berpindah ke rumah saudara-mara berhampiran atau pergi ke tanah besar menggunakan feri dan bot.

Pihak berkuasa tempatan telah mengisytiharkan Darurat selama 14 hari, berkuat kuasa dari 16 hingga 29 April.

Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB) telah menyediakan barangan keperluan termasuk 123 tikar, 120 selimut dan 400 pelitup muka.

“Kerajaan tempatan menggerakkan 50 anggota termasuk daripada agensi mitigasi daerah (BPBD), agensi mencari dan menyelamat (Basarnas), petugas kesihatan dan bomba,“ kata jurucakap BNPB, Abdul Muhari dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau juga melaporkan bahawa letusan Selasa malam telah memuntahkan abu gunung berapi, yang mengganggu rangkaian komunikasi dan isyarat di kampung Laingpatehi.

Status gunung berapi itu dinaikkan daripada Tahap II (Awas) kepada Tahap III (Amaran) pada Selasa pukul 4 petang waktu tempatan.

“Penduduk dan pelancong dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengelak daripada memasuki radius empat kilometer di sekitar kawah aktif gunung berapi Gunung Ruang,“ kata Abdul Muhari.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings