the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aminuddin: N.Sembilan capai sasaran, catat pelaburan RM10.1b tahun lepas

SEREMBAN: Kerajaan negeri Sembilan berjaya mencapai sasaran pelaburan yang ditetapkan melalui 189 projek diluluskan dengan jumlah pelaburan sebanyak RM10.1 bilion, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar).

Beliau berkata ini berdasarkan rekod kelulusan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi 2023 apabila pelaburan pada tahun tersebut menunjukkan lonjakan 13 peratus berbanding RM8.9 bilion pada tahun sebelumnya.

“Daripada jumlah tersebut, RM4.1 bilion adalah pelaburan domestik manakala RM6.0 bilion adalah pelaburan luar negara. Implikasi pelaburan tersebut menawarkan sebanyak 3,250 peluang pekerjaan di negeri ini.

“Sektor yang menjadi penyumbang terbesar adalah sektor pembuatan berjumlah RM7.6 bilion dan diikuti sektor perkhidmatan sebanyak RM2.5 bilion. Ini adalah pencapaian pelaburan terbaik dan tertinggi yang dicatatkan dalam sejarah di negeri ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri terus komited menyediakan fasiliti dan kemudahan asas untuk memastikan negeri ini kekal sebagai destinasi pelabur dari dalam dan luar negara pada masa akan datang.

Aminuddin turut mengucapkan terima kasih atas komitmen semua pihak yang terlibat dalam usaha merancakkan pelaburan di negeri ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings