the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amrizan: Isu bekalan beras negara dibincangkan dalam NACCOL Jumaat ini

PAPAR: Satu Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan diadakan Jumaat ini bagi membincangkan isu kos sara hidup terutamanya bekalan beras di negara ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali (gambar) berkata kementeriannya selaku urusetia NACCOL telah mendapat pengesahan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bahawa satu daripada perkara diangkat untuk pertimbangan adalah berkaitan bekalan beras negara.

“Sejak berkuatkuasanya Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522), kuasa kawal selia padi dan beras termasuk berkaitan hala tuju bekalan dan harga terletak di bawah KPKM.

“Sebarang perubahan yang melibatkan dasar dan program kerajaan terkait dengan industri padi dan beras adalah di bawah tanggungjawab Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, sejajar dengan perintah yang dikeluarkan di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Majlis Berkhatan Peringkat Dewan Undangan Negeri Kawang di sini hari ini, yang melibatkan 260 peserta dan lapan masjid.

Armizan berkata sebarang pengumuman rasmi berkaitan beras negera akan dibuat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu atau wakil dipertanggungjawabkan selepas keputusan dibuat NACCOL, dan kemudian dibawa kepada Jemaah Menteri sekiranya keputusan itu besar serta melibatkan implikasi kewangan.

Pada masa sama, beliau berkata dengan kerjasama Kementerian Ekonomi iaitu melalui Jabatan Perangkaan, pihaknya juga akan mengangkat mengenai pertimbangan mewujudkan indikator kos sara hidup pada mesyuarat berkenaan.

“Jika tidak sempat dibincangkan pada mesyuarat Jumaat ini kita akan bawa pada mesyuarat NACCOL Mac nanti. Kita ada indeks harga pengguna tetapi sekiranya ada indikator kos sara hidup ini, kita akan dapat membuat penilaian yang lebih menyeluruh termasuk dalam konteks pengagihan bantuan kepada rakyat.

“Kita tahu setiap daerah atau wilayah, kos sara hidup adalah berbeza…harga barang termasuk kos logistik berbeza. Oleh itu kita perlu wujudkan indikator berkenaan, namun untuk mewujudkan indikator itu kita perlu melibatkan dasar kerana kita perlu melihat apa komponen yang akan dimasukkan dalam indakator berkenaan,“ tambahnya.

Mengenai kos sara hidup yang semakin membebankan, Armizan berkata masalah berkenaan merupakan isu yang dihadapi oleh seluruh negara di dunia.

“Peningkatan kos sara hidup ini bukan sahaja berlaku di Malaysia dan kalau lihat laporan Forum Ekonomi Dunia yang baru dikeluarkan pada 2024 dan 10 tahun mendatang, antara satu isu cabaran global adalah kos sara hidup, jadi ia bukan isu yang unik untuk Malaysia tetapi dihadapi seluruh dunia,“ katanya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Team Rey Young reach MWI 2026 quarterfinals on Esports World Cup debut in Paris

KUALA LUMPUR, July 22: Malaysia's Team Rey Young reached the quarterfinals of the Mobile Legends: Bang Bang Women's International 2026 (MWI) on their debut at the Esports World Cup (EWC) in Paris.The team secured a top-eight finish after progressing through Malaysia's domestic qualification pathway via the RedOne MLBB Ladies International Invitational.

Hariss Harun targets Singapore’s fifth Asean Hyundai Cup title as lions look to rise...

SINGAPORE, July 23: Singapore captain Hariss Harun believes the Lions are ready to challenge for a fifth ASEAN Hyundai Cup™ title as the tournament celebrates its 30th anniversary.Hariss, who has experienced Singapore's greatest triumphs and toughest periods over the past two decades, is preparing to play a leading role as the four-time champions begin their campaign in Group A.The Lions open their campaign against Cambodia at Morodok Techo National Stadium on Friday before hosting Timor-Leste at Jalan Besar Stadium next Monday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings