the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
31.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar doakan Tun Abdullah diberikan afiyah

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam, diberikan afiyah secepat mungkin.

“Semoga Tun Abdullah diberikan afiyah sesegera mungkin, dikurniakan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Insya-Allah,“ katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook hari ini.

Abdullah, 85, yang merupakan Perdana Menteri kelima dari 2003 hingga 2009 dimasukkan ke IJN pada 3 petang semalam.

Pejabat Urus Setia bekas Perdana Menteri itu memaklumkan pakar perubatan mendapati beliau mengalami Small Spontaneous Pneumothorax dan menasihatinya agar berehat secukupnya dengan pemantauan doktor pakar.

Sementara itu bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang juga menantu kepada Abdullah mengesahkan bapa mentuanya berada dalam keadaan stabil di Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN untuk pemantauan doktor.

Khairy yang mewakili ahli keluarga menzahirkan penghargaan kepada doa dan kata-kata semangat buat Abdullah berkata bapa mentuanya memerlukan rehat secukupnya dan dinasihatkan tidak menerima pelawat buat masa ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings