the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, October 12, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar selamat jalani pembedahan hernia perut

Special coverage

Budget 2027

Aid, taxes and what it means for your wallet.

Read our coverage

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat menjalani pembedahan laparoskopi bagi merawat hernia perut dan kini dalam proses pemulihan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat menjalani prosedur pembedahan laparoskopi secara elektif bagi merawat hernia perut (para-umbilical hernia), hari ini.

Ketua Pasukan Perubatan kepada Perdana Menteri Datuk Dr Asri Ranga Abdullah Ramaiah berkata prosedur berkenaan, berjalan lancar di bawah kendalian pasukan pakar perubatan.

Beliau berkata Anwar kini sedang menjalani rawatan fisioterapi dan berada di bawah pemantauan rapi pasukan pakar perubatan.

“Pemantauan itu bertujuan memastikan proses pemulihan Perdana Menteri berjalan dengan baik,” menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Anwar, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan Anwar sedang menjalani pemeriksaan serta prosedur yang ditetapkan pasukan pakar perubatan dan dijangka berada di bawah pemantauan selama dua hari.

Sehubungan dengan itu, beliau mengajak orang ramai supaya mendoakan agar segala urusan pemeriksaan serta prosedur Perdana Menteri dipermudah dan dikurniakan keafiatan berpanjangan, agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img