the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

APMM tahan dua kapal, 44 kru di Kota Tinggi

KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua kapal dan 44 kru di dua lokasi berbeza di sini, semalam.

Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata penahanan pertama melibatkan sebuah kapal kargo yang berdaftar dari Sierra Leone pada kedudukan 13.5 batu nautika timur Tanjung Penawar, pukul 11 pagi.

Beliau berkata seramai 15 warga Bangladesh dan Indonesia berumur dalam lingkungan 25 hingga 56 tahun turut ditahan.

“Penahanan kedua pula melibatkan sebuah kapal tangki yang berdaftar dari Comoros pada kedudukan sembilan batu nautika tenggara, Tanjung Balau yang dikendalikan 29 warga India, Pakistan dan Iran berumur antara 21 hingga 54 tahun.

“Nakhoda kedua-dua kapal bersama 12 kru dibawa ke Zon Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, “ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Hizam berkata Op Jangkar Haram telah menahan sebanyak 297 kapal sejak dilaksanakan pada 24 Mac 2021, termasuk 34 kapal pada tahun ini.

“Tindakan ini adalah bagi memastikan bahawa semua kapal yg memasuki perairan Malaysia terutamanya perairan Johor menghormati kedaulatan dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Harris Hotel & Conventions Sunshine Penang opens, marking the brand’s first presence in Malaysia

HARRIS Hotel & Conventions Sunshine Penang officially opens its doors today, marking the debut of the HARRIS brand in Malaysia and introducing a vibrant new hospitality, meetings and lifestyle destination in the heart of Ayer Itam.

Montfort Boys Town reinforces Malaysia’s TVET talent pipeline with 107 skilled graduates

Montfort Boys Town has produced yet another cohort of skilled and industry-ready graduates, with all 107 students from its 2026 graduating batch successfully attaining their Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Level 2 certification.

Five prison officers charged over Taiping Prison incident

The Prisons Department said the charges mark the latest development in ongoing legal proceedings, following the earlier prosecution of another officer under Section 304(b) of the Penal Code over the same case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings