the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir kilat: Kerosakan infrastruktur di N.Sembilan hampir RM1 juta – Aminuddin

SEREMBAN: Kerugian melibatkan kerosakan infrastruktur akibat banjir kilat di beberapa daerah di Negeri Sembilan semalam dianggarkan berjumlah hampir RM1 juta, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar).

Beliau berkata ketika ini laporan penuh dan terperinci sedang diselaraskan di peringkat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri bagi menilai jumlah sebenar kerosakan terbabit.

“Semalam kita menerima hujan lebat di luar jangka menyebabkan beberapa kawasan di Seremban, Port Dickson dan Rembau mengalami banjir kilat. Sebanyak 257 rumah terjejas.

”Perkara ini tak dapat elak, hujan dengan keamatan tinggi direkodkan iaitu antara 75 milimeter (mm) hingga 93 mm dalam tempoh dua jam,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini hari ini.

Menurut Aminuddin jumlah kerosakan berkenaan merangkumi tebing dan tanah runtuh, namun banjir itu tidak seteruk berbanding 2021.

Beliau berkata bantuan pascabanjir seperti pembersihan rumah, penyerahan kit makanan dan bantuan asas sedang disalurkan kepada semua mangsa selain turut berbincang dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk bantuan kecemasan.

Menurut Aminuddin agensi keselamatan di negeri ini termasuk polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) diminta bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan sejak sebulan lepas.

Setakat 4 petang tadi, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di negeri ini iaitu Surau Kampung Nerambai, Lubok China, Rembau dan Balai Raya Permatang Pasir di Port Dickson dengan menempatkan 70 mangsa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings