the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir kilat: Warga emas, remaja terperangkap dalam kereta

JOHOR BAHRU: Seorang wanita warga emas dan seorang remaja lelaki berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kereta dipandu mereka akibat banjir kilat yang berlaku di hadapan stesen minyak di Taman Molek, petang tadi.

Mereka bagaimanapun berjaya diselamatkan pihak bomba.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) I (KUP) Sufian Mohamed Lis berkata kejadian yang berlaku kira-kira 4.30 petang itu, melibatkan sebuah kereta Proton Saga dipandu wanita berusia 70 tahun dan sebuah kereta jenis BMW yang dipandu remaja lelaki 17 tahun.

“Seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya bersama sebuah jentera Fire Rescue Team (FRT) dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati terdapat dua orang mangsa yang terperangkap di dalam kereta akibat banjir kilat yang berlaku. Pihak bomba bertindak menyelamatkan kedua-dua mangsa ke tempat yang lebih selamat,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata ketika kejadian air mencecah paras lutut dan operasi menyelamat selesai kira-kira sejam kemudian.

Sementara itu, Majlis Bandar Raya Johor Bahru dalam kenyataan ringkas memaklumkan terdapat 11 lokasi sekitar bandar raya ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak pukul 4 petang tadi. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings