the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bayi ditinggalkan di depan masjid bersama nota minta maaf

KOTA KINABALU: Seorang bayi perempuan berusia hampir seminggu ditinggalkan di dalam kotak bersama nota di hadapan Masjid Taman Seri Gaya, Jalan Maktab Gaya, Luyang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata bayi berkenaan ditemukan oleh imam masjid berkenaan dan menurut nota yang ditinggalkan, bayi yang cukup sifat itu dilahirkan pada 31 Okt lepas.

“Berdasarkan nota yang diletakkan bersama bayi itu, individu yang meninggalkan bayi berkenaan memohon maaf kerana tidak dapat menjaga bayinya atas faktor ketidakmampuan serta meminta supaya bayi itu dihantar ke rumah anak yatim,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menghubungi balai polis berdekatan atau pegawai penyiasat kes Insp Hatikah Ahmad menerusi talian 016-337246. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings