the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas Menteri Pertahanan Abang Abu Bakar meninggal dunia

KUCHING: Bekas Menteri Pertahanan Tan Sri Abang Abu Bakar Abang Mustapha (gambar) meninggal dunia pada 9.55 pagi tadi di Institut Jantung Negara akibat kegagalan jantung.

Perkara itu disahkan oleh anak bongsunya, Tunku Abang Faisal Amir Abang Abu Bakar kepada Bernama.

“Jenazah akan dibawa ke Kuching untuk disolatkan di Masjid Bandar Raya Kuching sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam masjid itu kira-kira 5 petang ini, insya-Allah,“ katanya ketika dihubungi.

Abang Abu Bakar, 82, meninggalkan seorang balu, Puan Sri Tunku Maziah Tunku Mustapha serta seorang anak perempuan dan dua anak kembar lelaki.

Allahyarham memiliki pengalaman luas dalam politik antaranya pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Sarawak selama dua dekad bagi kawasan Paloh iaitu dari 1981 hingga 1990 dan Kuala Rajang (1990 hingga 2000).

Abang Abu Bakar juga menabur bakti sebagai menteri di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bermula dengan jawatan Timbalan Menteri Pertahanan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dari 1990 hingga 1999, sebelum dilantik menerajui Kementerian Pertahanan hingga 2003. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings