the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas presiden kelab basikal dilepas, dibebas tuduhan pecah amanah, salah guna wang

KOTA BHARU: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas Presiden Kelab Berbasikal Darul Naim (DCC) daripada dua pertuduhan pecah amanah dan menyalahgunakan wang bantuan pembangunan sukan berbasikal berjumlah RM80,000.

Hakim Zaman Mohd Noor membuat keputusan itu terhadap Mohammad Yusri Ismail, 48, pada akhir kes pendakwaan, selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

“Pendakwaan tidak dapat membuktikan tertuduh adalah presiden yang sah dalam kelab berkenaan, (oleh itu) mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh daripada kedua-dua pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri,“ katanya.

Mengikut pertuduhan pindaan utama, Mohammad Yusri didakwa sebagai presiden kelab itu melakukan pecah amanah jenayah dengan menjadikan harta iaitu wang bantuan Pelan Induk Pembangunan dan DCC Talent Development Program 2017 milik Kelab Berbasikal Darul Naim berjumlah RM80,000 bagi kegunaan sendiri.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh pada Mac 2017 dan dituduh di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan bagi pertuduhan pindaan utama yang boleh dihukum penjara selama tidak lebih 20 tahun, sebat dan denda jika disabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan pilihan, Mohammad Yusri didakwa menyalahgunakan wang bantuan Pelan Induk Pembangunan dan DCC Talent Development Program 2017 milik Kelab Berbasikal Darul Naim berjumlah RM80,000 untuk kegunaan sendiri di tempat dan masa yang sama.

Dia dituduh di bawah seksyen 403 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara enam bulan hingga lima tahun, sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mariah Omar manakala tertuduh diwakili peguam, Azura Ghazali. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

60,000 Accountancy and Corporate Finance Professionals to Be AI-Ready Over Three Years

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) and the Infocomm Media Development Authority (IMDA) officially launched the AI Fluency Programme, AIxAccountancy, today.

ISCA Accountants Move Beyond the Numbers to Help Singaporeans Navigate Life’s Financial Decisions

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - The Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) launched Life & Money Matters, a nationwide community initiative that aims to help Singaporeans make informed financial decisions with confidence throughout every stage of life.

2026 Hualien Summer Carnival  Taiwan’s Premier Summer Music Festival

HUALIEN, TAIWAN - Media OutReach Newswire – 3 July 2026 – Taiwan's premier summer music festival, the 2026 Hualien Summer Carnival, returns from July 1 to July 5, transforming Hualien's Dongdamen Square into a five-night celebration of music, culture and tourism.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings